top of page

Straw Tower Challenge 2019

Syarat Penyertaan :-  â€‹

  1. ‘Straw Tower Challenge’ terbuka kepada semua sekolah rendah di sekitar Balik Pulau.

  2. Pertandingan ini akan berlangsung pada 02 Oktober 2019.

  3. Penyertaan adalah dalam bentuk kumpulan terdiri daripada tiga (3) orang dalam satu kumpulan.

  4. Penyertaan ini terhad kepada sepuluh (10) kumpulan terawal.

  5. Ketua kumpulan hendaklah mengisi nama ahli kumpulan dan semua butiran yg diperlukan dalam link yg diberikan sebelum atau pada Isnin, 23 September 2019

  6. Setiap ahli kumpulan wajib hadir pada hari pertandingan.

  7. Penyertaan adalah percuma 

  8. Keputusan juri adalah muktamad

​

Peraturan Pertandingan 

Bahan binaan ( disediakan oleh pihak penganjur ) :-

  1. 1 bungkus batang penyedut minuman (straw).

  2. 1 unit pita pelekat

  3. Gunting

​

Peraturan :-

  1. Menara hendaklah dibina dengan hanya menggunakan straw dan pita pelekat yang diberikan.

  2. Straw boleh dibengkokkan, dipotong dan dilipat.

  3. Straw boleh disambungkan secara terus antara satu straw dengan straw yang lain.

  4. Tidak dibenarkan untuk membalut keseluruhan straw dengan menggunakan pita pelekat.

  5. Pita pelekat tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menstabilkan menara samada di atas meja ataupun lantai.

  6. Menara yang dibina seharusnya dapat menampung berat sebiji bola tenis, ketinggian minimum menara adalah 80cm dan tiada had maksimum. 

  7. Masa yang diperuntukkan adalah satu 1 jam sahaja.

​

Kriteria Penilaian Pemenang :-

Penilaian akan dibuat dalam 3 fasa: 

  1. Ujian beban.

    • Kekuatan​ menara straw akan diuji dengan menggunakan bola tenis (anggaran berat bola tenis adalah 56gram sehingga 59gram). Bola tenis akan diletakkan pada bahagian puncak menara.

  2. Ketinggian menara 

  3. Rekabentuk menara yang menarik 

​

Menara yang dapat menampung beban pada ketinggian maksimum dengan rekabentuk yang menarik akan dikira sebagai pemenang.

​

registration

PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP

bottom of page