top of page

Spaghetti Bridge Challenge 2019

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :-

  • Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Balik Pulau.

  • Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang pelajar sahaja.

  • Setiap ahli kumpulan wajib menghadiri sesi taklimat dan penyerahan bahan pertandingan pada tarikh 18 September 2019 (Rabu), jam 4.00 petang.

  • Setiap ahli kumpulan wajib hadir semasa pertandingan berlangsung.

​

BAHAN BINAAN :-

  • Bahan binaan yang akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan adalah sebungkus spaghetti (500 gm) dan loading hook.

  • Jambatan perlu dibina daripada pasta jenis spaghetti sahaja.

  • Hanya gam sahaja yang boleh digunakan untuk mencantum titik cantuman pada pangkal dan hujung spaghetti. Penggunaan gam pada bahagian lain spaghetti tidak dibenarkan.

SB1.jpg

SPESIFIKASI :-

  • Ketinggian maksima jambatan yang dibina (daripada titik tertinggi hingga titik terendah) tidak lebih daripada 30 cm.

  • Panjang mendatar jambatan yang dibina adalah tidak kurang daripada 50 cm dan tidak lebih daripada 70 cm (50 cm hingga 70 cm).

  • Berat maksima jambatan yang telah siap dibina beserta dengan loading hook tidak melebihi 700 gm.

  • Loading hook perlu dipasang pada bahagian tengah bawah jambatan.

SB2.jpg
  • Dek jalan dengan kelebaran 5 cm dan panjang yang sama dengan panjang jambatan perlu dibina pada bahagian bawah jambatan supaya jambatan boleh dijadiakan sebagai laluan

  • Blok kayu berukuran 7 cm × 5 cm × 4 cm akan digunakan sebagai kereta semasa ujian halangan dek laluan. Blok kayu tersebut akan diletakkan di atas dek laluan dan digerakkan daripada hujung ke hujung jambatan.

SB3.jpg

PERMARKAHAN :-

  • ​Penilaian akan dibuat dalam dua fasa iaitu :-

    1. Penilaian Spesifikasi​

    2. Ujian Beban

  • Jambatan yang memenuhi syarat-syarat spesifikasi pertandingan sahaja yang akan dinilai untuk fasa kedua iaitu Ujian Beban 

​

​

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai:

FAIZAH BINTI ABDUL MUIN (019-4477295)/ MARINI BINTI MOHD THAIB (017-2660124)

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

POLITEKNIK BALIK PULAU

REGISTRATION

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP

bottom of page